spacer.png, 0 kB
InteraktifIntranetSudut ICT

Menu Utama

Laman Utama
Webmail
YTRG's eGroupWare
Hubungi Kami
Peta Laman

Daftar Masuk (Kakitangan Sahaja)






Terlupa kata laluan anda?
Masih tiada akaun? Daftar Sekarang

Siapa Ditalian

Pautan Aplikasi



spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB

Pengumuman

  Bermula pada April 2011, Yayasan Terengganu telah melancarkan Portal Rasmi Yayasan Terengganu yang Baru. Layari :

 www.ytrg.terengganu.gov.my

 
Laman Utama
Bantuan Pelajaran

Bantuan dan Kebajikan

Beberapa jenis bantuan kewangan di peringkat rendah dan menengah dapat dimanfaatkan oleh pelajar . Bantuan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

  • Bantuan Murid Miskin Sek. Ren. Berasrama.
    Bantuan makan dan wang saku diberi kepada pelajar yang tinggal di sekolah rendah berasrama yang mana ibu/bapa mereka berpendapatan RM500.00 dan ke bawah. Sekolah tersebut ialah SK Pusat Kemaman, SK Kuala Jengal Dungun, SK Bt 29 Setiu, Sk Tengkawang Kuala Brang, dan SK Kg Buluh, Setiu. Setiap pelajar dibayar sebanyak RM360.00 setahun.

  • Bantuan Kanak-Kanak Cacat Pendengaran

    Bantuan wang saku diberi kepada pelajar yang tinggal di asrama Sek Pendidikan Khas di Chendering dan Kg Raja Besut. Setiap pelajar dibayar RM418.00 setahun.

  • Biasiswa Kecil Yayasan Terengganu (BKYT).


BKYT sekolah Elit.
Mulai tahun 2007, BKYT hanya diberi kepada semua pelajar yang layak termasuk sekolah elit di SMK Lembah Bidong, SMK Mak Lagam, SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Dungun, SM Imtiaz Kuala Brang dan SM Imtiaz Kuala Terengganu. Setiap pelajar dibayar RM840.00 setahun.

BKYT Selain sekolah Elit.
BKYT ini diberi kepada pelajar yang layak dan tidak mendapat mana-mana anugerah biasiswa lain. Setiap pelajar ini dibayar RM600.00 setahun.

Biasiswa Kecil Pra Universiti Yayasan Terengganu (BK Pra-U)
Biasiswa ini diberi kepada pelajar-pelajar yang layak di tingkatan enam dan tidak mendapat mana-mana anugerah biasiswa lain. Setiap pelajar dari aliran sains dibayar RM100.00 sebulan sementara pelajar aliran sastera RM80.00 sebulan.

Bantuan Sekolah angkat.
Yayasan mempunyai beberapa buah sekolah angkat dari kalangan sekolah persekutuan yang mempunyai kurang murid (SKM) di setiap daerah di Terengganu seperti berikut:

    • SK Kemat, Kuala Berang

    • SK Ibok, Kemaman.

    • SK Minda Talong, Dungun.

    • SK Jenang, Marang.

    • SK Pecah Rotan, Kuala Terengganu.

    • SK Tok Dor, Besut

    • SK Bukit Mundok, Setiu.


Kategori ini belum diisi

spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB